Sunday, March 30, 2014

-Takaful-

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sedikit perkongsian mengenai kepentingan takaful =)


Konsep takaful yang mudah difahami..

Memiliki polisi takaful utk diri sendiri patut dijadikan satu matlamat dlm 

menjalani kehidupan dewasa..


Kita melanggan polisi takaful bukan untuk kita yang akan pergi tapi untuk mereka yang 

akan kita tinggalkan...

Zaman sekarang, polisi Insurans/Takaful bukan satu kehendak, tapi suatu 

keperluan bagi setiap individu. Jangan terlambat untuk buat tindakan yang 

tepat..




Pentingkan insurans diri sebagaimana anda pentingkan insurans kereta. 

Bukankah diri kita adalah lebih berharga daripada sebuah kereta?







Persiapan jika ditimpa musibah..
Kita tidak boleh menjangka bila musibah atau kemalangan akan menimpa diri kita... oleh itu sediakan payung sebelum hujan.

Sebagai akaun pelaburan.
Ambil takaful/insurans ketika muda & sihat dan kita akan mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila sampai tempoh matang.
Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen dan hari tua.

Untuk menanggung kos pengajian yang semakin tinggi . Beban ibu bapa menjadi lebih ringan dengan insurans pendidikan anak-anak.
Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya kita meninggal dunia kerana musibah.

Sebagai jaminan bagi menanggung kos perubatan yang semakin meningkat saban hari.

Dapatkan polisi anda hari ini .... =)

Ayuh sediakan perlindungan..Urus risiko anda dgn bijak..Rancang demi masa depan anda.. 

Hubungi saya untuk sebutharga percuma 
SHARIFAH AMIRAH
0194215833






Wednesday, March 12, 2014

#Kahwin#

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.






Alhamdulillah..Tahniah untuk kawan2 yg melangsungkan pertunangan dan perkahwinan....Excited bagi pihak dorang.. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi melangkah ke fasa baru..Semakin bertambah tanggungjawab, semakin bnyk persiapan diri perlu dilakukan dri segi mental dan fizikal untuk menghadapi & melayari bahtera rumah tangga..Semoga perkahwinan kalian diredhai Allah  -Cinta Sampai Syurga-





Ucapan untuk korang >>>

Selamat menjalani bahtera rumah tangga..


Semoga dirahmati Allah & menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah ..


Jadilah ibu dan ayah yang disayangi dan dihormati oleh anak-anak..


“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”


***Tips nak mendirikan rumahtangga/Baitul Muslim (pesanan untuk diri sendiri & sahabat2 seangkatan =)








Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan lelaki yang soleh
Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlah aku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku.




Monday, December 9, 2013

Entri Terpendek







Ya Allah, permudahkan urusanku....

Wednesday, November 27, 2013

TEGURAN DAN TERIMA KASIH

Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang untuk perbaiki diri, perbaiki solat , perbaiki hati, perbaiki iman dan perbaiki segala yang berkaitan untuk mendekatkan lagi diri kita kepada pencipta kita..




Erm...Mood menulis dah kembali. Jadi harapannya, semoga boleh maintain untuk terus menulis, keep sharing & sentiasa ingatkan antara 1 sama lain.



Hari ni, pergi kerja macam biasa TAPI hari ni  kena tegur dgn majikan sebab masalah-masalah teknikal yang x dapat dielakkan. Mungkin memang salah diri sendiri. Tapi tidak mengapa..Sebabnya, lebih baik org tegur dari org puji kita..Kita kena rasa x selesa bila ada org puji.

SERIUSLY...Bila ada org puji, kita akan rasa macam perfect n tumbuhlah pokok-pokok kebanggaan dalam dada sebab dapat pujian...nauzubillah...


Dan kena rasa BERTERIMA KASIH bila ada org tegur kita sebab teguran itu sedikit sebanyak akan membina diri dan akan membantu kita untuk jadi lebih baik..

~~> TERIMA KASIH BOS SEBAB TEGUR SAYA =)

Sebab bila ada org tegur kita, kita akan tahu kesilapan kita dan automatik kita akan berusaha untuk x lakukan semula kesilapan yang pernah kita lakukan... TERIMA TEGURAN dengan hati yang terbuka tanpa ada sedikit pun perasaan nak marah atau nak balas dendam...Yang penting kita sentiasa cuba perbaiki dan audit diri kita..


 =)





Tuesday, March 1, 2011

Selamat Hari Lahir Mak!!!

Selamat Hari Lahir mak!!! Alhamdulillah ...Genap sudah umur mak 43 tahun...Semoga Allah memberkati kehidupan mak di dunia dan akhirat dan dikurniakan  petunjuk dan hidayahNYA dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini...Along sentiasa doakan mak sentiasa sihat slalu dan dimurahkan rezeki...




Semoga mak tabah dalam meghadapi liku2 kehidupan ini dalam membesarkan kami 3 beradik.....Insyaallah kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada mak  dan akan berusaha sungguh2 untuk balas segala susah payah mak jaga kami dari kami kecik sampai la kami besar.... Papepun along Sayang MAK!!!


Tuesday, February 1, 2011

MesiR

Sedih , simpati dngan keadaan yang menimpa Mesir ketika ini...Ditambah pula dngan keadaan kebanyakan pelajar Malaysia yg mlanjutkan pelajaran disana...Mereka terpaksa mnempuh keadaan dimana ia tidak pernah lagi berlaku di negara kita...Kami disini mendokan agar rakan2 tabah dan jagalah diri kerana ibu bapa disini bimbang terhadap apa yang berlaku disana...



                                               Pelancong dan penduduk Mesir yang terkandas.........



                                                       Clash with police in central Cairo....






Gambar2  diatas dikutip dari beberapa sumber untuk tatapan....Semoga keadaan mereka akan pulih sediakala dan kita doakan yang terbaik untuk mereka...Wallahualam...

Saturday, January 22, 2011

Lafaz Yang tERsIMpAN............

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya








Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia



Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



By UNIC.........