Sunday, May 30, 2010

PERMATA YANG DICARI

 
 
Permata Yang DiCari
oleh: DeHearty

**********
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
 

Friday, May 21, 2010

Belia Aset Berharga


Persoalan besar pada kali ini ialah apakah usaha untuk melahirkan belia Ulul Albab. Umumnya generasi ulul albab merujuk kepada belia yg BERTAKWA, MEMILIKI AKAL FIKIRAN SEMPURNA, BERILMU, KREATIF dan BERUPAYA MENYELAMATKAN DIRINYA daripada pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu MENJADI PEMANGKIN supaya orang lain juga berubah kearah sedemikian.



Rasulullah selain sebagai pemimpin umat , baginda adalah seorang ketua pendakwah negara yg memberi penekanan khusus membimbing belia sentiasa taat kepada ALLAH SWT , berakhlak mulia dan menjaga kebersihan jasmani yang membawa kepada kesempurnaan peribadi.


Tapi yang menjadi kemusykilan kenapa kita sebagai belia x pernah berusaha menjadi belia atau pemuda yang baik dan mempunyai wawasan? Mungkin ada segelintir daripada kita sedar bahawa kita bakal menjadi seorang pemimpin satu masa nanti tapi kita seringkali alpa dan hanyut dgn nafsu dan godaan dunia..



Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud “ Sesungguhnya ALLAH sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad)


Pemuda soleh adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda salih terus lahir seperti Khulafa’ al-Rasyidin, yang merupakan pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara.


Cuba kita fikir masih adakah pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, yang telah menghidupkan cahaya dakwah dan juga berjaya menawan Kota Constantinople daripada Rom ketika baginda berusia 21 tahun..Antara penyebab kejayaan baginda adalah tertanam kekuatan, pintar dan kreatif.
.Antara kata2 baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 untuk menawan Kota Constantinople ialah “ Wahai tenteraku , aku bersedia untuk mati di jalan ALLAH , sesiapa yang mahu syahid ikutilah aku.”



Jika kita tanya kepada kepada pemuda masa kini soalan yang sama, saya berani jamin hanya 10 % yang betul2 beriman yang akan bersedia untuk syahid di jalan ALLAH..

Bagi pemuda zaman moden masa kini, mereka fikir lingkungan umur 21 tahun adalah masa untuk enjoy, enjoy dan enjoy..Semua ini hanya nafsu..Renungkanlah..Asyik ingat nak berseronok sampaikan tiada masa untuk solat ataupun berzikir kepada ALLAH..Bila sudah terjadi sesuatu ataupun terlantar sakit barulah kita hendak mengerjakan solat..Ketika itu sudah x berguna lagi kerana ALLAH telah menarik segala nikmat yang telah diberikan..Ketika itu baru kita sedar dan menyesal kerana tak melakukan suruhan ALLAH ketika masih sihat ..Sudah terhantuk baru nak sedar..Peringatan ni saya turut tujukan untuk diri saya yang kadangkala turut terpengaruh dengan hawa nafsu yang seringkali mendesak..




Walau bagaimanapun kita perlu berusaha sekuat hati untuk membentuk diri menjadi pemuda yang berakhlak mulia.. Tanpa usaha sesuatu perkara itu x mungkin akan berlaku..Bagaimana kita nak melihat hasilnya jika kita x mencuba untuk melakukannya..Tak semua perkara mudah untuk kita dapatkan dan yang penting kita USAHA(10x)…


Oleh itu , golongan belia atau pemuda perlu memastikan kehidupan di dunia ini mendapat perlindungan ALLAH kerana antara 7 golongan dilindungi ALLAH di akhirat ialah pemuda yang hidup beribadah kepada ALLAH..
Semoga kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh ALLAH seterusnya berjaya memainkan peranan memacu negara bangsa yang maju dan dihormati dan dikasihi ALLAH SWT….Wallahualam….